Monday, April 1, 2013

perlis....

akhirnya hari ini berkesempatan saya menulis tentang perlis...

minggu lepas saya menjejakkan kaki ke perlis..
untuk kali ke 3 dlm tempoh 3 tahun...
tapi kerana kali ini saya lebih lama sedikit berada di sana
membuatkan saya ingin menulis sesuatu tentang perlis...

Apabila kaki menjejakkan kaki di perlis,
saya merasa tertarik dengan negeri itu.
Negeri yang antara negeri terkecil di Malaysia ini
tidak begitu sibuk seperti negeri-negeri lain.
Apa yang lebih menarik ia mengubat rasa rindu saya pada kelantan.
negeri yang telah saya tinggalkan 4 tahun yang lepas....

Apa yang membuatkan saya kata negeri ini mengingatkan saya pada kelantan...
1. kedai makan melayunya berderet....umpama di kelantan.
Berbeza dengan tempat yang saya diami sekarang(taiping).
2. Majoriti penduduknya adalah Melayu. Dan penduduknya ramah...
3. Terdapat cina siam di negeri ini sama seperti di kelantan...

Negerinya kecil.
Kita boleh menerokai perlis dalam masa suatu hari.
Saya tidakla melawat mana mana tempat
kerana saya ke perlis menghadiri kursus...
Cuma selama 3 hari di perlis membuatkan hati saya tertarik dengan negeri indera kayangan itu....
ada masa saya akan cuba untuk menerokai lagi negeri ini....
Tempatnya tenang dan tidak sibuk.
Untuk orang yang suka kedamaian macam saya
tentunya menyukai tempat seperti ini.
Yang penting saya dapat makan char kuew tiew
yang sedap selepas bertahun saya tidak menjamah char kuew tiew masakan orang utara....
semestinya yang paling sedap dalam banyak2 char kuew tiew.



No comments:

Post a Comment