Sunday, April 14, 2013

Maafkanlah agar dimaafkan


Kita berterus terang kerana tidak mahu menyimpan dan sakit hati. 
Tetapi tidak sangka bila kita berterus terang...
sebenarnya itu lagi menyakitkan. 

Saya tetap rasa bersalah selepas meluahkan. 
Betulla kata orang...
diam itu lebih baik dalam sesetengah keadaan. 
Diam bukan bermakna kita kalah. 
Tapi tidak mahu ada yang terluka dan salah faham. 

Saya mungkin tidak kuat untuk terus menyimpan 
tapi saya tidak mahu terus dalam rasa bersalah dan tidak tenang 
apabila orang lain bersedih. 
Saya lebih rela makan hati.. 
daripada orang lain yang bersedih..
Saya sedih apabila orang tidak memahami saya. 
Tetapi saya lagi sedih apabila orang bersedih kerana kata-kata saya...

“Allah itu Maha Penyayang suka kepada orang yang penyayang. 
Allah Maha Pemaaf dan suka kepada orang yang suka memaafkan. 
Maafkanlah agar dimaafkan.
Dengan memaafkan kita akan bebas 
daripada mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan”- Ustaz pahrol

Tidak semua perkara memungkinkan kita senang memaafkan. 
Tapi kita boleh bersama-sama belajar untuk memaafkan orang lain. 
Agar kita terlepas daripada terikat dengan orang yang tidak dimaafkan. 
Yakin dan percaya 
apabila kita memaafkan kita akan lebih tenang...

-saya yang masih belajar-

No comments:

Post a Comment