Thursday, April 25, 2013

Pedulikan apa yang orang kata 2



Saya pun sama macam orang lain...
Tidak suka orang manis di depan, bercakap buruk di belakang...
Tapi kita tak mampu nak tutup mulut orang lain..
Memang susah untuk tidak mengambil hati...
Lebih-lebih lagi apabila yang diperkatakan jauh daripada kebenaran...

Lebih bertambah susah apabila kita hendak puaskan hati semua orang...
Buat baik salah..Buat jahat lagila salah...
Kadang-kadang kita cuba untuk melupakan apa yang dilakukan seseorang..
Tapi tengok-tengok dia sudah lakukan perkara lain yang menyinggung perasaan kita...

Itula selagi kita bernafas di bumi ini..
Selagi itu kita takkan terlepas daripada orang yang sebegini...

Saya tidak kisah jika orang lain bersangka buruk pasal saya...
Kerana saya tahu...
apa yang penting Allah tahu hati dan niat kita...
Tidak perlu terlalu lama merasa sakit dengan sangkaan buruk orang lain...
Hakikatnya tidak ramai manusia yang suka bersangka baik..
Kita hanya akan sakit hati jika mengharapkan orang lain bersangka baik dengan kita..


Maka pekakkan telinga.. butakan mata..
Pedulikan apa yang orang kata....
Selagi perkara yang kita buat, perkara yang kita lakukan betul..
Selagi niat kita tidak menyimpang dariNya..
Biarkan mereka yang berfikiran 'toksin' itu..

"Kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. Insya Allah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai oleh Allah juga"- ustaz pahrol.

-saya masih belajar-

bukan senang nak menjadi seorang penyabar

Susahkan nak menjadi sabar...
Saya akui saya bukanla seorang penyabar..
Mungkin kerana darah muda masih ada...
Saya juga berusaha untuk menjadi penyabar....
Tapi bukan senang nak menjadi penyabar....
Bukan main sebut di mulut...
'Aku kena jadi sabar'

Kalau kita mula berniat untuk menjadi lebih sabar...
Allah pasti akan uji kita dengan macam-macam ujian...
Masa itu kita tahu kita boleh bersabar atau tidak..

Saya sedih apabila saya tidak tahan dengan ujianNya.
Setiap kali saya cuba menjadi manusia yang lebih sabar
maka setiap kali itu saya pasti kalah..
Terasa usaha untuk menjadi seorang yang sabar itu tidak berjaya.
Padahal saya berusaha memujuk diri saya perlu bersabar...
Tapi saya kalah lagi dalam ujianNya...

Tapi Alhamdulillah.
Kisah Nabi Ayub a.s boleh menjadi iktibar untuk kita
yang baru bertatih untuk menjadi hambaNya yang bersabar...
beliau diuji dengan ujian yang sangat berat.
Namun beliau begitu sabar meghadapinya....
Tahap kesabarannya sangat tinggi...

Padahal saya diuji dengan ujian yang kecil...
Setiap kali saya teringat kisah beliau,
 maka hati saya terpujuk sendiri.
Tak apala kalau kalah seketika dengan ujianNya..
Cuba lagi..
Proses belajar bersabar tidak akan memakan masa satu saat..
Kita kena sentiasa mencuba dan berdoa padaNya....

Walaupun saya kecewa dengan kekalahan pada ujianNya..
Tapi saya tahu proses kekalahan inila
yang mengajar kita untuk menjadi seorang yang betul-betul sabar
dalam setiap ujianNya..
Saya percaya jika kita berusaha
Allah pasti membantu dan menunjukkan jalan....
Maka saya tetap akan berusaha.....

Sunday, April 14, 2013

Maafkanlah agar dimaafkan


Kita berterus terang kerana tidak mahu menyimpan dan sakit hati. 
Tetapi tidak sangka bila kita berterus terang...
sebenarnya itu lagi menyakitkan. 

Saya tetap rasa bersalah selepas meluahkan. 
Betulla kata orang...
diam itu lebih baik dalam sesetengah keadaan. 
Diam bukan bermakna kita kalah. 
Tapi tidak mahu ada yang terluka dan salah faham. 

Saya mungkin tidak kuat untuk terus menyimpan 
tapi saya tidak mahu terus dalam rasa bersalah dan tidak tenang 
apabila orang lain bersedih. 
Saya lebih rela makan hati.. 
daripada orang lain yang bersedih..
Saya sedih apabila orang tidak memahami saya. 
Tetapi saya lagi sedih apabila orang bersedih kerana kata-kata saya...

“Allah itu Maha Penyayang suka kepada orang yang penyayang. 
Allah Maha Pemaaf dan suka kepada orang yang suka memaafkan. 
Maafkanlah agar dimaafkan.
Dengan memaafkan kita akan bebas 
daripada mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan”- Ustaz pahrol

Tidak semua perkara memungkinkan kita senang memaafkan. 
Tapi kita boleh bersama-sama belajar untuk memaafkan orang lain. 
Agar kita terlepas daripada terikat dengan orang yang tidak dimaafkan. 
Yakin dan percaya 
apabila kita memaafkan kita akan lebih tenang...

-saya yang masih belajar-

Thursday, April 11, 2013

Yakin dengan ketentuanNya...


Saya tahu ramai orang suka bercakap tentang cinta. 
Saya percaya kebanyakan di antara kita pernah jatuh cinta, 
pernah suka seseorang atau   
pernah “crush with someone’(kalau betul istilah ini)...

ada antara kita yang akhirnya bahagia 
atau pernah dikecewakan 
atau bertepuk sebelah tangan.....

Saya tahu jika bersama dengan orang yang kita suka dan cinta 
itula yang paling membahagiakan...

Ada orang bila dikecewakan, 
bila putus cinta..
terasa diri sudah tiada apa lagi...

kita lupa Allah telah menetapkan apa yang terbaik untuk kita....
Kita lupa jodoh pertemuan di tangan Tuhan...
telah tertulis siapa dan apa yang terbaik untuk kita........
mungkin jika kita dikecewakan 
kerana dia bukan yang terbaik untuk kita.

Dan kita juga kena ingat sejauh mana pun kita suka seseorang itu 
jika bukan namanya yang tertulis di Loh Mahfuz  untuk kita, 
maka dia tetap tidak akan menjadi milik kita....
Saya percaya dan yakin dengan ketentuanNYa.....

“ Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ...“ An Nur : 26.

Maka kita kena belajar menjadi yang baik untuk mendapat jodoh yang baik...
jika orang yang kita suka bukan untuk kita 
itu bermakna dia memang bukan jodoh kita...
percayala Allah telah menyediakan jodoh yang baik untuk kita...
Maka mohonlah padaNya...
kerana hanya Dia pemilik hati hati manusia....

p/s: tak tahula kenapa tiba-tiba tulis pasal cinta plak....mungkin sebab bayak sangat drama cinta dekat tv...

Sunday, April 7, 2013

Bersyukur ada Allah tempat mengadu...

sakitnya menahan rasa hati
bila kita disakiti orang yang rapat dengan kita...
sakitnya bila kita menahan rasa
untuk tidak memarahi mereka..
kerana tidak mahu hubungan rapat itu terjejas..
maka menahan rasa adalah cara terbaik..
apakah solusi yang saya ada
selain menahan rasa dan mengadu pada Allah yang Satu...

tidak bolehkan mereka memahami
saya tidak suka soalan kenapa dan bila itu diulang-ulang...
kerana  saya bukan lagi budak kecil yang tidak tahu apa-apa
tidak tahu mana yang terbaik untuk saya....

tidak bolehkah memahami
saya tidak suka orang yang tidak tahu, berlagak tahu pasal saya..
mencanang cerita di depan dan belakang saya...

tidak bolehkah mereka memahami..
saya ada sebab sendiri mengapa saya melakukan sesuatu..
tidak bolehkah mereka memahami
yang saya tidak suka mereka mencampuri urusan saya
tanpa mereka mengetahui punca dan sebabnya..

Saya tidak mampu untuk tidak bersedih dengan apa yang orang lain kata..
Lebih lebih lagi mereka adalah orang yang rapat dengan saya...
Saya juga tidak mampu untuk memarahi mereka...
Kerana hubungan yang terbina lama...
Bersyukur saya ada Allah tempat saya mengadu kekecewaan saya...
Yang menenangkan saya kala saya bersedih dan berduka....
Yang dapat mendengar tangisan saya...

-saya masih belajar-

Monday, April 1, 2013

perlis....

akhirnya hari ini berkesempatan saya menulis tentang perlis...

minggu lepas saya menjejakkan kaki ke perlis..
untuk kali ke 3 dlm tempoh 3 tahun...
tapi kerana kali ini saya lebih lama sedikit berada di sana
membuatkan saya ingin menulis sesuatu tentang perlis...

Apabila kaki menjejakkan kaki di perlis,
saya merasa tertarik dengan negeri itu.
Negeri yang antara negeri terkecil di Malaysia ini
tidak begitu sibuk seperti negeri-negeri lain.
Apa yang lebih menarik ia mengubat rasa rindu saya pada kelantan.
negeri yang telah saya tinggalkan 4 tahun yang lepas....

Apa yang membuatkan saya kata negeri ini mengingatkan saya pada kelantan...
1. kedai makan melayunya berderet....umpama di kelantan.
Berbeza dengan tempat yang saya diami sekarang(taiping).
2. Majoriti penduduknya adalah Melayu. Dan penduduknya ramah...
3. Terdapat cina siam di negeri ini sama seperti di kelantan...

Negerinya kecil.
Kita boleh menerokai perlis dalam masa suatu hari.
Saya tidakla melawat mana mana tempat
kerana saya ke perlis menghadiri kursus...
Cuma selama 3 hari di perlis membuatkan hati saya tertarik dengan negeri indera kayangan itu....
ada masa saya akan cuba untuk menerokai lagi negeri ini....
Tempatnya tenang dan tidak sibuk.
Untuk orang yang suka kedamaian macam saya
tentunya menyukai tempat seperti ini.
Yang penting saya dapat makan char kuew tiew
yang sedap selepas bertahun saya tidak menjamah char kuew tiew masakan orang utara....
semestinya yang paling sedap dalam banyak2 char kuew tiew.