Friday, March 29, 2013

Pencarian ku masih panjang...maka fahamilah


Saya masih mencari diri saya sendiri 
sebelum saya ingin menemani orang lain sepanjang hidup saya....
pencarian ini takkan berkesudahan, 
itu sudah semestinya saya tahu...
Namun saya masih mencari identiti 
untuk saya melengkapkan hidup orang lain...
Saya tahu mungkin ada yang tidak memahami 
apa yang saya mahu dalam hidup ini..
kerana saya sendiri masih mencari 
apa yang saya mahukan sebenarnya dalam hidup ini...

Nampak rumit 
dan mungkin ada yang menyangka saya masih tiada arah tuju. 
Kalau itu yang disangka orang tentang saya, 
itu sangkaan yang silap. 
Kerana arah tuju saya satu. 
Allah yang Maha Esa. 

Cuma saya masih mencari diri saya. 
Yang telah lama hilang dalam cepatnya berlalu arus waktu.  
Kerana saya tahu 
untuk menemani orang lain 
saya perlu menemui diri sendiri 
kerana tanpa diri saya sendiri, 
saya tidak akan boleh membahagiakan orang lain.

Dan sudah tentu bahagia itu subjektif. 
Terletak pada bagaimana kita mentakrifkan makna bahagia itu sendiri. 
Namun kita perlu ingat 
untuk membahagiakan orang lain, 
kita perlu menjadi diri kita sendiri. 
Jika tidak kita sendiri yang akan menderita. 
Jika kita menderita bagaimana kita ingin membahagiakan orang lain....

Tetapi apa yang penting kita tahu yang matlamat kita satu..
keredhaan Allah di dalam hidup ini.

Inilah coretan jiwa kacau yang masih mencari diri sendiri yang lama menghilang....

-masih belajar-