Wednesday, December 5, 2012

Maka Harapan Apa Yang Kita Ada

 
Dalam hidup kita sentiasa bertemu dgn pelbagai duri dan onak.
Adakala kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya....
Kadang-kadang dalam langkah itu,
setiap kali kita akan terhenti dan bertanya kepada diri.
Betul ke jalan yang kita lalui ini...

Setiap kali kita bertemu duri,
kita kadang-kadang terasa untuk berpatah balik.
Tapi jalan di belakang sudah lama terputus.
Maka apa harapan yang kita ada?
 Suka atau duka, hendak atau tidak.
kita terpaksa juga melalui duri itu untuk sampai ke depan..
walaupun dengan air mata darah sekalipun..

Setiap kali itu,
terasa senyuman ikhlas telah lama mati di bibir...
setiap kali itu la tidak terhitung air mata yang menitis di pipi.
Yang paling menyentuh hati...
bila kita keseorangan menempuh rintangan di hadapan..
tanpa tempat untuk mengadu.
Maka apa harapan yang kita ada?

Mungkin pada pandangan orang lain,
kita sentiasa tenang dan tabah.
Tapi siapa yang tahu betapa hebatnya kecewa dalam diri...
maka apa harapan yang kita ada?

Dan ketika itu,
terasa ingin bersendiri buat berapa ketika....
untuk menghilangkan segala penat dan lelah...
segala duka dan kecewa....
dan terasa luka semakin dalam..
apabila tercari-cari seseorang yang boleh menjadi pendengar setia...
tetapi kita melihat tiada siapa yang boleh dipercayai di sekeliling kita.....
maka apa harapan yang kita ada?

Dan kepada Allah juala tempat mengadu.
Yang selalu memahami hambaNya..
yang selalu mendengar rintihan hambaNya.
Sungguh walaupunpun jalan ini terasa payah.
Dengan adanya Mu di sisi.
Maka setiap diri itu akan sentiasa berusaha untuk tersenyum manis.
Akan sentiasa berusaha untuk mengeringkan air mata ini....

-masih belajar-