Monday, November 5, 2012

Susahnya bila kita mengharapkan penghargaan



Maka yang paling susah bagi saya adalah
apabila  saya mengharapkan ada orang ..
menghargai saya..
memahami saya..
walaupun tidak banyak..
sekelumit pun jadila...
Apabila tidak berpuas hati
maka diluahkan dengan cara yang paling berhikmah..
bukannya dengan memaki hamun..
bukannya dengan cacian..
Seperti mana saya selalu mencuba untuk menjaga hati semua orang..
memahami setiap orang di sekeliling saya..
begitu juga saya berharap orang akan memahami saya..
Walaupun saya pernah mendengar kata-kata

‘jangan mengharapkan kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kebaikan’..

tetapi sekurang-kurangnya dengan  sedikit perikemanusiaan..
saya mengharapkan jika tidak mahu menghargai,...
cukuplah jika boleh cuba untuk memahami walaupun sekelumit..

Mugkin ada yang menganggap ini luahan perasaan..
bagi orang yang tidak memahami...
tapi percayala..bukan penghargaan yang ditagih..
tetapi empati  terhadap seorang hamba yang masih bertatih untuk memahami inilah permainan dunia...

-masih belajar-
5/11/12 10.41pm

No comments:

Post a Comment