Tuesday, November 20, 2012

maafkanlah


November seperti juga bulan yang lain..
ia hanyala erti berlalunya sebuah masa dan tibanya sebuah masa....
Genap 7 tahun beliau pergi...
Setiap tahun apabila menyambut November
itu bermakna bertambahnya masa arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga...
dan tahun ini genapla 7 tahun beliau meninggalkan kami...
namun yang pasti....
kenangan sentiasa ada bersama kami..
apa coretan untuk beliau pada kali ini?
ada sesuatu yang saya ingin kongsikan.....

Bagi mereka yang telah kehilangan ibu atau ayah
pasti memahami apa yang saya ingin coretkan....

memberi maaf..

Saya dikelilingi oleh kawan kawan yang mempunyai 1001 ragam dalam kehidupan...
ada antara mereka yang lahir dari keluarga bahagia..
dan ada juga yang lahir dari keluarga porak peranda..
ada yang kehilangan ibu bapa buat selama-lamanya..
ada yang ibu bapa berpisah hidup.....
ada yang bermusuh sesama adik beradik saudara mara....
ada yang ditipu sahabat dan rakan taulan...
ada yang sudah berkahwin berpisah....
ada yang hidup famili penuh rukun dan damai..
saling tolong menolong...
maka apa kaitannya dengan memberi maaf yang saya maksudkan??

Ada sahabat pernah datang bertemu saya
semasa saya mula mula kehilangan bapa saya...
dia berkata kepada saya....
'hilang orang tersayang kerana meninggal dunia,
takkan sepahit  hilang mereka kerana ibu bapa berpisah'...

ya saya akui..memang tidak sama....
tapi sekurang-kurangnya kita masih berpeluang melihat wajah mereka...
saya tahu...
ada yang mempunyai sejarah pahit....
tapi percayala..
jika kita berhenti berdendam atau makan hati..
makan hidup kita akan menjadi lebih tenang....
Tidak kirala jika dengan sesiapa pun...
maka apa kaitan dengan memberi maaf????

Setiap insan di muka bumi ini tidak pernah jika tidak buat silap...
kalau ada yang merasakan diri sudah terlalu baik...
maka jangan perasan...
Jika ada insan di sekeliling kita yang pernah buat silap...
terutama sekali ibu bapa...adik beradik..kawan-kawan..saudara mara...
maafkanlah...
kerana jika mereka pergi tanpa sempat kita memberi maaf
maka makan hati dan dendam pada hati kita takkan hilang......
apatah lagi jika kita yang ada buat silap pada mereka....
maka lagi besar luka pada hati kita...

Saya juga tidak sebaik mana untuk memaafkan orang-orang di sekeliling saya..
Tapi saya mencuba untuk memberi maaf...
walaupun parutnya tetap ada...
Mengapa?
Kerana bukankah kita ingin masuk syurga bersama-sama....
bukan kita seorang sahaja ingin yang terbaik di akhirat sana..
Tidak mahukah kita melihat semua orang di sekeliling kita bersama-sama di syurga...
maafkanlah sesiapa juga yang ada berbuat salah dengan kita..
dengan harapan orang yang kita ada buat salah akan turut memaafkan kita.............................................................
bersambung

-yang masih belajar-

No comments:

Post a Comment