Monday, November 5, 2012

Hati manusia Allah yang pegang



Betul  kata seorang penulis
hati manusia Allah yang pegang.
Walaupun begitu bersusah payah
kononnya kita cuba untuk melembutkan hati manusia
tetapi pokok pangkalnya akan kembali kepada Allah...

Begitu juga saya...
mungkin perkara
yang mengharukan saya...
yang menyentuh hati saya...
yang membuat hati saya sendu dan insaf,
tidak semestinya orang lain akan merasai perkara yang sama
yang saya rasai...

saya kena menerima hakikat yang hati manusia berbeza....
maka pendekatannya tetap tidak akan sama bagi setiap orang..
Saya mungkin boleh mencuba untuk menyentuh hati orang lain
dengan perkara yang saya sendiri tersentuh.
Tapi saya tidak semestinya perlu menaruh harapan yang tinggi
yang orang lain juga akan turut sama tersentuh....

Kalau dulu saya sendiri pelik kenapa orang lain tidak tersentuh
atas perkara yang saya sendiri rasa tersentuh..
Tapi kini saya sedar dan menerima hakikat
yang hati manusia Allah yang pegang.....
perkara yang sama tetapi penerimaan manusia berbeza-beza...

-Masih belajar-
5/11/12  9.52pm

No comments:

Post a Comment