Wednesday, December 14, 2011

tenggelam dalam sinis

aku tenggelam dalam menungan
di celahan kebisingan
dalam kedengkian sebuah hati
membiarkan suara suara itu tenggelam
ku renung gelas ku renung meja
pandangan ku kosong
membiarkan suara bingit di telingaku
ah pedulikan
teruskanlah berbunyi
teruskanla bersuara
kerana kedengkianmu
tidak sedikit mengusik ketenanganku
dan aku berdiam diri
tanpa bicara
membiarkan suara bingit
terus mengutuk dan menghina
terus melemparkan kata
sinis dan tajam
tanpa penat tanpa lelah
tanpa pedulikan hati-hati ini
dan aku diam berbicara hingga akhirnya
terus tenggelam dalam nada sinis


p/s: tenggelam dalam arus ke'tidakpuashati'an orang-orang sekeliling. bukan senang nak puaskan hati smeua orang

Friday, December 9, 2011

dan menangisla

bila seseorang menangis maka ada sebab kenapa dia menangis...
ada orang menangis kerana sedih,
ada orang menagis gembira
ada orang menangis sakit hati
ada orang menangis kerana diperbodohkan
ada orang menangis kerana marah
ada orang menangis kerana rindu

tidak kisah apapun alasan..
tidak salah menangis
kerana ia satu luahan perasaan
bagi sesetengah orang, mereka berkata
menangis menandakan orang itu lemah
tapi bagi aku, menangis itu melegakan
ianya satu cara meluahkan

menangis tetapi jangan mengeluh
menangisla tapi jangan berdendam
menangisla sambil membuang yang pahit
bersama keluarnya air mata
kerana bila terhentinya tangisan
maka segala yang buruk itu hilang
yang tinggal hanya yang baik..
menangisla sambil mengadu kepada Allah
kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...



p/s: tiada kaitan dengan sesiapa..ilham dari sebuah cerita...untuk yang ingin membacanya

Monday, December 5, 2011

biarla ku bermimpi

mimpi itu anganan
untuk seorang aku
mimpi itu mainan
untuk seorang perindu

aku berjalan dalam terang
tapi kabur gelapnya pandangan
aku berjalan langkah perlahan
dalam derasnya arus waktu

siapala aku untuk mengeluh
mengharap mimpi jadi nyata
sedangkan waktu terus berlalu
meninggalkan aku yang masih sendu

aku melangkah bersama mimpi
yang kuharap indah seindah pelangi
biar hujan terus membasahi
bersama redup awan kelabu

biarla ku terus bermimpi....


p/s: tak salahkan...untuk terus bermimpi...cuma jgn memudaratkan diri