Sunday, November 27, 2011

Salam maal hijrah.....

sedar tak sedar kita melangkah lagi ke tahun baru....
dan seperti biasa, mulanya tahun baru,
kita sentiasa membuka azam untuk menjadi lebih baik...
kita sentiasa bertekad untuk menjadi yg lebih baik....
perubahan itu mungkin amat payah..
lebih2 lagi di zaman moden ini...
terlalu banyak dugaan...
kadang2 kita rasa amat jauh denganNya..
kita patut rasa syukur padaNya..
bila kita lari sikit daripadaNya,
 Dia masih sudi menyedarkan kita.....

'Ya Allah jangankan palingkan wajahMu daripada kami'.......

Ingat lima perkara sebelum lima perkara.....
itu biasa disebut.
menyebutnya senang..mengingatinya di dalam hati memang susah..
hidup sebelum mati..
sihat sebelum sakit..
ingat sebelum lupa..
kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sempit..(kalau salah tolong betulkan)

kadang2 kita mengeluh sendiri..
'ah sibuknya aku'..
'aku sakit'...
'ah..aku tak ada duit'...
'aduh terlupa'...
dan kita lupa...
Allah mendatangkan sesuatu itu tidak lain hanya untuk mengingatkan kita....


Di tahun baru ini..
saya seperti juga orang lain..
bertekad untuk menjadi hambaNya yanng lebih baik...
dan saya menyeru kita semua..
cuba untuk menjadi yg lebih baik..
saya mungkin bukanlah seorang yang baik untuk menasihati orang lain...

p/s: tulisan ini tidak lebih daripada untuk mengingatkan diri sendiri...yg kadang2 sentiasa alpa pada nikmat yang telah Dia beri..kalau ada kesalahan dan kesilapan jangan segan untuk menegur..krn saya masih belajar..menjadi yang lebih baik..Ya Allah terima kasih..krn memanjangkan umurku untuk merasa tahun baru ini...

No comments:

Post a Comment