Wednesday, December 14, 2011

tenggelam dalam sinis

aku tenggelam dalam menungan
di celahan kebisingan
dalam kedengkian sebuah hati
membiarkan suara suara itu tenggelam
ku renung gelas ku renung meja
pandangan ku kosong
membiarkan suara bingit di telingaku
ah pedulikan
teruskanlah berbunyi
teruskanla bersuara
kerana kedengkianmu
tidak sedikit mengusik ketenanganku
dan aku berdiam diri
tanpa bicara
membiarkan suara bingit
terus mengutuk dan menghina
terus melemparkan kata
sinis dan tajam
tanpa penat tanpa lelah
tanpa pedulikan hati-hati ini
dan aku diam berbicara hingga akhirnya
terus tenggelam dalam nada sinis


p/s: tenggelam dalam arus ke'tidakpuashati'an orang-orang sekeliling. bukan senang nak puaskan hati smeua orang

Friday, December 9, 2011

dan menangisla

bila seseorang menangis maka ada sebab kenapa dia menangis...
ada orang menangis kerana sedih,
ada orang menagis gembira
ada orang menangis sakit hati
ada orang menangis kerana diperbodohkan
ada orang menangis kerana marah
ada orang menangis kerana rindu

tidak kisah apapun alasan..
tidak salah menangis
kerana ia satu luahan perasaan
bagi sesetengah orang, mereka berkata
menangis menandakan orang itu lemah
tapi bagi aku, menangis itu melegakan
ianya satu cara meluahkan

menangis tetapi jangan mengeluh
menangisla tapi jangan berdendam
menangisla sambil membuang yang pahit
bersama keluarnya air mata
kerana bila terhentinya tangisan
maka segala yang buruk itu hilang
yang tinggal hanya yang baik..
menangisla sambil mengadu kepada Allah
kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...



p/s: tiada kaitan dengan sesiapa..ilham dari sebuah cerita...untuk yang ingin membacanya

Monday, December 5, 2011

biarla ku bermimpi

mimpi itu anganan
untuk seorang aku
mimpi itu mainan
untuk seorang perindu

aku berjalan dalam terang
tapi kabur gelapnya pandangan
aku berjalan langkah perlahan
dalam derasnya arus waktu

siapala aku untuk mengeluh
mengharap mimpi jadi nyata
sedangkan waktu terus berlalu
meninggalkan aku yang masih sendu

aku melangkah bersama mimpi
yang kuharap indah seindah pelangi
biar hujan terus membasahi
bersama redup awan kelabu

biarla ku terus bermimpi....


p/s: tak salahkan...untuk terus bermimpi...cuma jgn memudaratkan diri

Monday, November 28, 2011

warna hidup aku....

kita semua melalui perlbagai zaman....
dan akhir-akhir ini aku menyedari...warna yg kita suka menyatakan apa yg kita lalui dan rasa pada waktu itu..dan ini apa yg aku rasa dan aku fikir mengenai warna aku suka..warna-warna ini melambangkan apa yang aku lalui masa itu...

hijau- biru- putih- hitam- biru- merah- merah jambu- hijau- merah jambu- oren

1.hijau- warna ketenangan. warna yg aku minati masa zaman kanak-kanak..zaman kanak-kanak tiada apa nak difikirkan.. makan tidur main...

2.biru- warna ceria bahagia...pergi sekolah...main ..sekolah tambahan..balik sekolah...itu sahaja ug difikirkan..

3.putih- sekolah menengah...zaman aku masih tulus...jujur...kepercayaan pd org sekeliling terlalu tinggi...

4.hitam- bagi sesetengah org, hitam warna jahat, kegelapan..bagi aku hitam bkn warna jahat tp warna kita mengenal erti hidup..apa erti perjalanan yg perit, zaman belajar untuk menghampiri cahaya hidup..dan ketika ini aku mmg suka warna hitam

5.biru- zaman aku menemui sesuatu di dalam bidup..cahaya kehidupan...

6.merah-zaman universiti aku mmg suka warna merah..aku mula berani..aku mulai berubah..dar pasif kpd aktif..itu yg selalu diungkapkan irg sekeliling..

7.merah jambu- zaman ciri perempuan memenuhi diri...bukan bermakna sebelum ini aku bkn perempuan....perasaan yg ada pd semua perempuan mula hadir dlm diri...sblm ini fikiran masih ada fikiran kanak-kanak

8.hijau kembali- aku mencari ketenangan..dan inginkan ketenangan dan ketenangan itu hadir..

9.merah jambu- seiring dengan perjalanan hidup dan usia makin bertambah...

10. dan sekarang oren- oren ini warna api. kecil menyumbang, besar membakar...mungkin krn aku tidak stabil...maka buat masa ini aku lebih menyukai warna oren....gabungan semua rasa..dlm satu..

ini hanya apa yang aku fikirka..jgn pula orang yg membaca salah faham..aku kaitkan warna yg aku suka dr dulu sampais skrg dgn apa yg telah aku lalui sepjg hidup...kalau apa yang kamu semua baca tidak menepati jgn pula salah sangka..krn ini hny fikiran seorg aku.....


p/s: apa pula warna hidup kamu semua..takkan hidup kamu semua flat..mesti berbeza..ada turun naik...betul tak...

Sunday, November 27, 2011

Salam maal hijrah.....

sedar tak sedar kita melangkah lagi ke tahun baru....
dan seperti biasa, mulanya tahun baru,
kita sentiasa membuka azam untuk menjadi lebih baik...
kita sentiasa bertekad untuk menjadi yg lebih baik....
perubahan itu mungkin amat payah..
lebih2 lagi di zaman moden ini...
terlalu banyak dugaan...
kadang2 kita rasa amat jauh denganNya..
kita patut rasa syukur padaNya..
bila kita lari sikit daripadaNya,
 Dia masih sudi menyedarkan kita.....

'Ya Allah jangankan palingkan wajahMu daripada kami'.......

Ingat lima perkara sebelum lima perkara.....
itu biasa disebut.
menyebutnya senang..mengingatinya di dalam hati memang susah..
hidup sebelum mati..
sihat sebelum sakit..
ingat sebelum lupa..
kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sempit..(kalau salah tolong betulkan)

kadang2 kita mengeluh sendiri..
'ah sibuknya aku'..
'aku sakit'...
'ah..aku tak ada duit'...
'aduh terlupa'...
dan kita lupa...
Allah mendatangkan sesuatu itu tidak lain hanya untuk mengingatkan kita....


Di tahun baru ini..
saya seperti juga orang lain..
bertekad untuk menjadi hambaNya yanng lebih baik...
dan saya menyeru kita semua..
cuba untuk menjadi yg lebih baik..
saya mungkin bukanlah seorang yang baik untuk menasihati orang lain...

p/s: tulisan ini tidak lebih daripada untuk mengingatkan diri sendiri...yg kadang2 sentiasa alpa pada nikmat yang telah Dia beri..kalau ada kesalahan dan kesilapan jangan segan untuk menegur..krn saya masih belajar..menjadi yang lebih baik..Ya Allah terima kasih..krn memanjangkan umurku untuk merasa tahun baru ini...

Wednesday, June 15, 2011

salahkah jujur

ada seseog prnh mmbritahu saya...ketika itu saya berusia 19 tahun...
'tidak salah matang sebelum waktunya'...
ketika itu saya baru kehilangan org trsayang...
dan sekarang saya semakin mengakui kata-kata itu...

Di saat org lain sibuk memikirkan diri sendiri...
saya terus berfikir...
bagaimana untuk membahagiakan org lain..
tp entah knp..saya tidak rasa bosan utk mmbhagiakan org lain.
Ada seorg teman prnh memberitahu saya.
'cubala simpan sikit prhatian untuk diri sendiri.
Jgn selalu sgt melebihkan org lain. kelak hati sendiri yg sakit'.

saya tidak pernah menyesali prjalanan hidup ini..
prjalanan hidup saya yg mematangkan saya..
yang byk mengajar saya yang dlm dunia ini ada mcm-mcm prkara..
yg kadang-kadang kita tak sangka-sangka...

munkin krn kita cuba untuk jujur,
maka kita sering tertipu dgn mainan manusia.
maka ada yang dengki dan iri.
salahkah berlaku jujur?

Dalam kita brsangka baik,..
ada org yg masih tak berpuas hati...
manusia memang begini...
dengki, iri, buruk sangka seperti makanan hidup.
Seronokah hidup begitu.
takkan bahagia jika begitu.

bagi saya kejujuran adalah pntg.
Saya prcaya hukum karma.
Jika kita jujur dgn org lain..
org akn jujur dgn kita..betul tak??


p/s: tak tahu knp tiba-tiba bremosi...ini post prmulaan ...menandakan saya telah kembali utk menulis..maafla jika ada yg x memahami coretan ini. Kerana saya menulis apa yg sedang saya fikikn..

Monday, February 7, 2011

sabar dan bersyukurla...

akhir-akhir ini banyak sekali saya mendengar keluhan...
ada yang menghadapi kepincangan dalam institusi keluarga
ada yang mengeluh kesakitan,
ada yang mengeluh kerana kemisikinan,
dan pelbagai lagi keluhan......

sesungguhnya sakit, sihat, sedih, gembira, sunyi, bahagia,
bosan, kehilangan, kematian, ketenangan, miskin dan kaya,
semuanya adalah ujian..
Allah menguji kesabaran kita dan sejauh mana hamba itu bersyukur.

Seringkali kita mengeluh,
mengapa kita ditimpa sakit...
mengapa kita ditimpa kehilangan...
mengapa rumahtangga yang dibina baru setahun jagung ditimpa kepincangan..
kita berterusan bertanya mengapa dan mengapa..
pernah tak kita bertanya kepada diri..
mungkin ini bukti Allah sayangkan kita.
Kalau tak kita kita sudah tentu akan melupakanNya...

Kita patut bersyukur berbanding
orang-orang yang dikurniakan kebahagiaan, kegembiraan dan kekayaan...
ujian mereka itu lebih sukar dihadapi
kerana sudah menjadi adat seorang manusia
akan alpa bila ketiga-tiga perkara itu dikecapi...

kepada sahabat2 yang menghadapi pelbagai masalah..
bersabarla...besyukurla...janganla berkeluh kesah.
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
Allah tidak akan menurunkan memberi ujian itu kepada hambaNya
jikalau hambaNya itu tidak mampu memikulnya...
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah..yang buruk itu dari kelemahan kita sendiri..