Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

Alhamdulillah....dah masuk thn baru...
dah lama tak menulis di blogku ini. Rindu juga...
Maklumlah seminggu agak sibuk dengan pelbagai perkara yg berlaku tiba-tiba plak tu...

Sempena thn yg baru, ada azam baru, ada semangat baru..
hrp2 impian yg byk itu dpt ditunaikan...
yg pntg impian utk menjadi muslimah yg lebih baik tercapai..

Utk blog ini, hrpnnya tulisan aku kelak lebih berilmu..
menulis adalah jiwa aku utuk melontarkan rasa..
impian ku moga2 ia sampai kpd hati sesiapa yg membaca...

Thursday, November 11, 2010

biarla aku menjadi bintang

Biarla aku menjadi bintang
Tika mereka memuja sang bulan...

Aku rela menjadi bintang
Walaupun bulan cantik dipandang
Walaupun bulan cahayanya berseri
Namun cahayanya hanya pinjaman

Aku rela menjadi bintang
Yang hidup dengan cahayanya sendiri
Daripada sang bulan yang meminjam cahaya
Dari matahari

Aku rela menjadi bintang
Walaupun bintang tampak hilang
Dalam sinar sang bulan
Aku rela menjadi bintang
Walaupun sinarnya terbias
Oleh sinarnya sang bulan

Aku rela menjadi bintang
Walaupun mereka terpedaya
Dengan keindahan sang bulan
Aku rela menjadi bintang
Walaupun sinarku tenggelam
Dalam gemerlapan sang bulan

Biarla mereka memuja sang bulan
Aku takkan menangis kerana mereka
Aku masih percaya
Dalam ramai yang memuja sang bulan
Pasti ada yang merindu si bintang
AKu masih percaya
Dalam kagumnya mereka pada sang bulan
Pasti ada yang menghargai si bintang
Dan dalam sebanyaknya bintang
Biarla aku menjadi kejora...

Sunday, October 31, 2010

mencintai tak semestinya memiliki...

mencintai tak semestinya memiliki.....
sudah ku sematkan dalam hati
soal hati tidak perlu mengharapkan apa-apa balasan
soal hati, perasaan semuanya milik Allah


Soal ketentuan itu milik Tuhan
Jika kita ikhlas memberi
Allah itu Maha Mengetahui


Maka hati harus dididik
Untuk belajar bersyukur
Dengan apa yang dinikmati
Ikhlas memberi kasih sayang
Ikhlas menyayangi

Tidak perlu mengharapka balasan
Kerana hidup memberi itu sangat indah

Hati menjadi lebih tenang
Jika orang yang disayangi tidak memberi seperti kita
Kita tidak merasa kecewa
Kerana kita ikhlas memberi
Jika orang disayangi menyayangi orang lain lebih dari kita
Kita tidak akan berduka
Kerana kita ikhlas memberi

Friday, October 8, 2010

Ya Allah aku rasa sayu...........

Ya Allah...aku terasa sayu..
sungguh...entah kenapa aku merasa seperti ingin menangis..
aku tahu..ini semua ujianMu buat hambaMu
menguji sejauhmana ketabahanku..
Aku redha Ya Allah...
Namun aku mohon
Berila petunjuk padaku


"Allah Engkau dekat, penuh kasih syg....
takkan prnh Kau mmbiarkan hambaMu menangis..
kerana kemurahanMu dan kasih sygMu..
Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
pada jiwa jiwa yg rela didakap kasihMu
Kau yg selalu terjaga..yg memberi segala.....

Di setiap nafas, di setiap waktu
semua bersujud memuji asmamu
Kau yg selalu terjaga..yg memberi segala

Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untukMu
setiap wajah mengambar cintaMu cahayaMu"

Tuesday, October 5, 2010

berhenti mengejar

bolehkah?
aku ingin berhenti mengejar
aku ingn berhenti berlari
tapi mengapakah..
setiap kali aku memutuskan itu
pasti ada tanda yang menghalang
mengapakah..
aku tertanya-tanya sendiri

sungguh
aku sudah penat mengejar
aku ingin berhenti
tapi mengapa
ia pasti terhalang

tolongla
izinkan aku bernafas
izinkan aku tenang
dalam damainya hati
aku inginkan kekuatan
supaya aku dapat berhenti
dari mengejar bayangan
dari mengejar anganan
yang patinya tidak pasti


izinkan aku
untuk berhenti mengejar



p/s: kalau ada yg tau betapa penatnya mengejar dan berlari

Saturday, September 4, 2010

coretan hati

Bila kita hanya perlu menyimpan prsaan di dalam hati..
terasa betapa terbebannya hati itu.
Hati terlalu kecil untuk memikul beban prsaan yg besar..
Aku sering tertanya-tanya kenapala tinggi sangat sebuah harapan..
Kenapala kadang2 kerap benar hati menangis..
untuk perasaan yang tak pasti...
Sungguh hati ini sudah penat...
Dengan pengisian-pengisian perasaan yang masih terawang-awang
Tapi entah kenapa hati ini terus-terusan berdegil
untuk melepaskan perasaan itu pergi...
kenapa jauh di sudut hati,
masih mengharapkan sinar dihujungnya..
Beruntungla kepada pemilik nama itu
kerana bertahun-tahun namanya masih di hati..
Walaupun aku tidak tau dimana keberadaannya kini...
Tapi malangla untuk hati ini..
kerana terus terbuai dengan kebodohan sendiri..
Aku ternanti-nanti bila lagi aku ingin melepaskan
pemilik nama itu pergi

p/s: Buat pemilik nama itu..semoga berjaya di dalam hidup, walaupun dimana berada, walau apapun yang kamu lakukan....semoga suatu hari nanti aku berjaya membenarkan namamu pergi dari hati ini...

Saturday, June 5, 2010

palestin

Minggu ni dikejutkan dgn serangan israel yg menyerang aktivis yg hntar bantuan ke palestin..
sungguh tiada kata yg dpt dilafazkan untuk memberitahu betapa marahnnya hati ini mendengar berita itu..
tp dlm sibuk berita itu keluar ramai yg tidak mahu ambil peduli..
sedih melihatnya..seolah2 itu perkara biasa bagi mereka..
Tak ada ke sekelumit perasaan mereka betapa
berita ini bisa menghancurkan hati kita semua sebagai umat Islam..
Alhamdulillah dlm ramai2 yg tidak peduli masih ada yg mengambil tahu .
Biarla bilangannya tak seramai mana tapi cukup melegakan saya
ada lagi manusia yg mengambil berat.. Alhamdulillah.
Semoga yg masih belum sedar akan cepat2 sedar..

Sunday, May 9, 2010

untuk ibuku yg trsayang

lirik lagu yg sentiasa saya dengar setiap kali saya stres. lagu yg mengingatkan saya kepada ibu yg telah banyak bekorban membesarkan saya dan adik-adik. sempena hari ibu, saya lampirkan lagu ini:

kelahiran- adi putra:
angin meniup seluruh alam semesta
terangnya amat menyilaukan pancaindera
hanya ibunda sentiasa memuja
ikhlas dari lubuk hatiku puspawarna

bertahun dah berlalu
tinggalkan rasa pilu
amat sukar disembuh lagi
jadikan ku sayu

kelahiran bagiku istimewa
ku bersyukur padamu bonda
kekusutan akan ku hadapi
kerna berjauhan darimu telah sekian lama

azimat ibunda- far east

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah berona simpati kau kutatapi
buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma
mengundang air mata

hanya rindu dan doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya ditelapak kakimu

keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ayah ibu

menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunanya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam

di tirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan suara alam
terlena di rajutan rindu

tiada yang terindah di dunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat
mengisi relung hatiku


p/s: sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingi ibu dan ayah

Monday, April 5, 2010

temerloh

ari sabtu baru ni pergi temerloh...antar kawan... cikgu.
tinggal kat sana satu malam.
yela rumah tu kena dibersihan sebab kotor sangat.
bayangkan dahla 2 tingkat. sabar jela....
yg plg best.. ingatkan pergi bolehla baring.. yela dari ipoh ke sana jauh jugak..
last kena buat keje..he..he.. kesian juga kat kawan.
termenung je tengok rumah yang kotor dan kosong macam tu.
dahla sekolahnya jauh dari pekan. sabar jela ye...
nasib baik ajak kitaorang pergi. ada juga org yg nak tolong mengemas..
selamat jadi cikgula ye...
tp sebelum tu nak sangat ucapkan terima kasih kat seorang pkck tu..
dia sangat baik pandu kitaorg tunjukkan kitaorang jalan ke sekolah tu.
dahla jauh. adalah dekat 30 minit..terima kasih pkck...

p/s: itulah first time pergi temerloh... tapi sayang mknn kat sana mahal.

Friday, April 2, 2010

esk cuti..

bestnye esk cuti.. penat betulla keje..rasa mcm robot plak. 
bygkanla pagi2 dah bangun...
pergi keje sayala yg paling awal..biasanya 7.15 dah sampai (keje gile). 
lepas tu balik kul 5.00. 
paling kelakar nk punch card tu kena beratur mcm bdk2. 
yg plg best org yg paling awal berdiri kat kaunter tu orang department saya
teringat pulak zaman2 sekolah.. 
yg plg x ble ditrima mesin punch card tu lambat 10 ke 15 minit macam tula. 
so kalau kitaorg turun kul 4.50, bygkan kitaorng kena tunggu berapa minit kat depan mesin tu. 
tp ari ni lastla punch card kt situ. nnt kitaorg pindah bangunan baru. so kt tmpt len plak kena beratur. he..he..

p/s:-x taula betul ke x eja punch card tu
-esk nk ikut org tu pergi temerloh. agak2 org tu ajk x. malula nk offerkan diri sendiri

telah ku letakkan

telah ku tetapkan hala tujuku..
ke satu arah yg lurus...
tdk lg trpengaruh dgn mainan hati...
menjadikan dinding hati trlalu teguh
takkan ada satu pun batu yg bisa digunakan
utk memrobohkannya

telah ku tetapkan hatiku pd Allah yg Satu..
takkan ada lg luka berdarah..
biarla parut yg ada menjadi tanda dan peringatan
agar ia tak brdarah utk kali kedua..

telah ku ingatkan pd hatiku..
gunakan akal utk berfikir
jgn trlalu mudah tertipu

tlh ku letakkan hatiku pd yg sepatutnya..
kpd yg berhak iaitu Allah..
takkan lg aku derita..
krn Allah sentiasa brsamaku..

akan ku cuba lupakan kepedihan..
krn sakitnya luka tiada trperi..
mnghrpkn hari esk tiada lg aku menempuh luka itu

Thursday, April 1, 2010

terasing

berada di dunia asing..
membuatkan pyh utkku berdiri dengan betul..
terasa senyuman yg dihadiahkan tidak ikhlas..
kdg2 rasa rindu utk menghadiahkan senyuman manis..
mnghrpkn akan bertemu dgn kenormalan hidup...

Sunday, January 3, 2010

salam...

Alhamdulillah..
slowly..saya cuba menyiapkan blog ini.
sudah lama saya teringin utk mempunyai blog sendiri. akhirnya..terrcapai jua.
okla... hope.. akan ada la followers yg support blog ni...
n hopefully saya akan slalu update.. he..he...