Thursday, August 8, 2019

masa lalu sekarang dan akan datang

dalam hidup...
kita selalu fikirkan banyak perkara masa depan...
kadang melupakan banyak masa lalu
dan tidak mahu menghargai masa yang ada sekarang....

sesekali terfikir
kenapa kita taknak hargai apa yang sudah kita ada sekarang..
kenapa mengejar benda dan perkara yang tak pasti...
walhal itu semua di luar jangkauan akal kita...
dan satu..
jangan dilupa...
masa lalu yang dah berlalu perlu kita kenang untuk dijadikan pelajaran buat kita

Tuesday, August 6, 2019

perigi dan timba...

maafkan saya..
mulakan 'post' pertama...
setelah sekian lama 'hiatus'
dengan topik yang saya kurang gemari untuk berkongsi..
tapi saya perlu kongsi...
perigi dan timba...

kerana apa...
kerana saya mendapat banyak sangat paksaan dan pandangan orang di sekeliling..
"yang perempuan sekarang kena kurangkan sikit rasa malu...
dan tak salah perigi cari timba"..

maafkan saya..
ada perkara yang saya tidak bersetuju..
saya walaupun tinggal di bandar...
hidup di tahun 2019...
berkerjaya....
'in the end'...
saya masih gadis yang berasal dari kampung..
ditambah saya adalah seorang yang 'intorvert' makanya isu perigi dan timba sangat sensitif untuk saya....

mungkin ada sesetengah orang berpendapat...
zaman sekarang tak perlu dah nak fikir pasal perigi dan pasal timba..
tapi untuk saya...
saya telah dididik sejak kecil...
dengan sifat malu yang sangat tinggi..
maka tak mudah untuk kita buang rasa malu tu kerana hendak mencari timba yang memang betul2 kita berkenan...

"kalau macam tu gunala orang di sekeliling yang dekat dengan kita"..
untuk seorang yang 'introvert'..
ada benda yang mereka payah nak kongsi dengan orang lain..
ada sedikit rasa tertutup yang hanya orang 'introvert' sahaja yang faham...

makanya..
apala kesimpulan dari semua ini...
saya masih 'stick' kepada yang pemikiran yang sama...
seharusnya seorang lelaki yang mulakan dahulu..
kerana mereka dilahirkan untuk menjadi seorang yang berani..

"habis tu kalau sampai sudah timba tak perasan ada perigi yang menunggu..bagaimana?"..
saya tidak ada jawapan..
sampai sekarang...


-ok..saya tak berani janji..
tapi buat masa ni,
ini je mungkin status saya pasal jodoh..jangan risau...
saya pun tak berapa minat nak kongsi benda macamnni..
kita jumpa lagi dengan perkongsian yang lebih menarik..
InsyaAllah..
saya akan jadi lebih sedikit rajin untuk  'update' kerana saya rindu menulis-

saya kembali

Alhamdulillah...
saya kembali....
setelah lama saya diam bersembunyi....
saya dapat kekuatan balik..
puas berperang membetulkan iman sendiri yang kadang turun kadang naik...
InsyaAllah...
I will keep updating this blog....
untuk orang yang nak membaca dan masih mencari2....

Monday, December 3, 2018

Turki Day 4: Cappadocia - Jeep Safari, Sufi Dance

Kalau nak tengok keseluruhan struktur dan bentuk mukabumi yang unik di Cappadocia, boleh naik Jeep Safari. Harga dalam USD 80.
Kalau tanya saya..
Saya cakap menarik..
Nak daki satu satu valley yang ada di sini memang mustahil dan takla...
Jeep ini akan berhenti di beberapa check point..
Dan di setiap point memang kita boleh turun dan ambil gambar

1. Inila ialah tapak hospital. Saya tak pasti zaman bila lagi kewujudannya.


                                                  ini jalan masuk ke dalam..




2.Otahisar Panorama
Dari sini boleh tengok pekan yang bangunannya dibina dalam batu. Ada yang masih menetap di sini. Ada yang menjadi bangunan tinggalan.

3.Rose Valley area
Tapi sayang tak nampak pula gambar yang diambil.


4. Panoramic Viewpoint (Red Valley)
Di sini kami berpeluang melihat matahari terbenam.






Malam kami dibawa menonton Sufi Dance. Persembahan ini mengambil masa 45 minit. Tak seperti apa yan saya bayangkan.
Kalau tidak pernah menonton, boleh je kalau nak tengok.
Tapi..kalau ajak saya tengok lagi sekali, memang tak kot..
Mungkin saya yang tak pandai menghargai.
Tapi kalau diberi peluang untuk memilih persembahan yang lain, anda boleh pilih.
Kami tidak dibenarkan merekod persembahan ini.
Maka saya kepilkan gambar berikut sahaja.



Turki Day 4: Cappadocia-Valley

Di Cappadocia, selain popular dengan Hot Balloon,
Di sini pun terkenal dengan bentuk muka bumi yang menarik..
Bentuk muka bumi yang unik ni berpunca daripada letusan gunung berapi dahulu kala..
Dan juga pelbagai kejadian alam semulajadi membentuk bentuk batu yang unik
Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong adalah bandar Goreme dan Uchisar..
Ada beberapa valley di sini yang kami singgah..
Setiap Valley ni ada bentuk dan tarikan tersendiri..
Boleh cari maklumat di mana mana laman web tentang mana valley yang memang jadi tarikan.
Sebab ikut pakej. Mana yang dia bawa je la yang kami pergi.
Kalau berminat nak beli cenderamata, boleh beli di kedai berhampiran yang memang menjual pelbagai cenderamata. Harga memang boleh tahan

1. Devrent Valley
 Terkenal dengan ukiran batu berbentyuk unta ni..






2. Pasabag atau Mushroom Valley












3. Uchisar Castle Valley











Turki Day 4: Cappadocia- Shopping

Apa yang menarik di Turki..
Ada beberapa perkara yang kalau anda memang minat dengan benda benda ni,
memang Cappadocia adalah satu tempat menarik untuk mendapatkannya.
Kualitinya boleh tahan.


Bila kita pergi berpakej,
mereka akan bawa ke tempat-tempat sebegini.

1. Blue Art Centre
Di sini ada menjual barang kemas yang diperbuat daripada batu permata yang berasal dari Turki..
Harga pun boleh tahan. Semuanya dilabel dalam USD...Yang saya nampak, paling murah pun dalam USD350...
Tapi kalau berminat, boleh datang ke sini


2. Venessa Seramik
Seramik memang terkenal di Turki..
Bila dilihat memang cantik dan indah ukirannya.
Saya kalau memang mampu, nak juga beli..
Tapi ukur baju di badan sendiri.
Gambar memang tak boleh ambil.
Almaklumla untuk menjaga kualiti.
Hanya beberapa gambar saja yang diizinkan diambil
Tapi promoternya memang sangatla ramah.
Jangan tak tahu orang Turki memang peramah.

                                                       Ada demo pembuatan seramik
                                                     cantik dan halus..tapi harganya pun sangatlah cantik
                                               setiap ukiran mempunyai makna tersendiri


3.Gold Loom Carpet
Karpet Turki memang terkenalla. Cantik dan halus..
Di sini pun kami diberi penerangan tentang karpet.
Barula saya tahu ada pelbagai jenis karpet dan ada pelbagai jenis material yang menentukan kelembutan setiap karpet.
Tapi seperti biasa saya memang tak dibenarkan mengambil gambar.
Kalau saya mampu nak juga saya beli satu..
Tapi paling murah pun USD600...
Maka akhirnya, saya hanya bersembang panjang sahaja dengan promoternya..
Banyak yang saya dapat daripada promoter tersebut.
Akan saya ceritakan di post yang lain.




Sunday, November 25, 2018

Turki Day 4 Cappadocia: Hot Air Balloon

Hot air balloon adalah salah satu perkara yang patut kita buat bila berada di Cappadocia.
Saya pun mengambil peluang walaupun sebenarnya saya gayat dengan tempat tinggi.
Kami bertolak selepas Subuh kerana biasanya mereka ingin melihat matahari terbit di atas Balloon.
Alhamdulillah kerana Subuh sedikit awal, sempat solat Subuh di Hotel.
Kalau tak memang kena solat Subuh di tempat menunggu naik belon ni la.

Rasa bimbang ada. Tapi saya percaya mereka yang menguruskan Hot Air Balloon ni mesti ada kepakaran yang tinggi.
Ada yang tanya berapa lama di atas belon ni,
45 minit dengan satu bakul dalam lebih kurang 20 orang.
Harga bergantung kepada syarikat.
Kami membayar dengan harga 230 USD.
Memang rasa macam mahal, tapi bila lagi.

Setiap hari ada lebih 100 belon yang terbang di atas langit Cappadocia ni.
Mula2 risau sebab saya gayat.
Tapi Alhamdulillah. Sebenarnya tak rasa takut sangat sebab belon naik perlahan sahaja.